fbpx

Pemandu Honda City undang bahaya, masuk laluan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, semalam.

PETALING JAYA – Sebuah kereta bertindak luar kawalan apabila memandu di laluan motosikal di Kilometer 30.1 Lebuh Raya Persekutuan arah Kuala Lumpur, di sini, Isnin lalu.

Perbuatan tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter di akaun @nanmanjoi8715.

Menerusi video tersebut, tindakan kereta berwarna putih jenis Honda City itu membuatkan beberapa penunggang motosikal berang kerana telah menghalang laluan mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya mengesan video tular tersebut pada pukul 5.40 petang, semalam.

Menurutnya, berdasarkan rakaman, kejadian sebenar berlaku kira-kira pukul 1.50 tengah hari, Isnin lalu.

“Hasil pemerhatian, tiada kemalangan atau kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, pihaknya meminta perakam insiden untuk tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Polis Petaling Jaya dan hubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014-2536820 untuk membantu siasatan.

Ujarnya lagi, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya untuk sentiasa patuh undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI