fbpx

Mahkamah: Bekas eksekutif akaun firma guaman didakwa pecah amanah hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Zarin ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas eksekutif akaun sebuah firma guaman didakwa di tiga Mahkamah Sesyen berasingan hari ini atas sembilan pertuduhan pecah amanah melibatkan kerugian berjumlah hampir RM1 juta, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Abu Zarin Haron, 46, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun, Kamarudin Kamsun dan Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, Abu Zarin sebagai eksekutif akaun yang diamanahkan penguasaan ke atas akaun pelanggan firma melakukan pecah amanah dengan pengeluaran sembilan cek berjumlah RM935,630.40 tanpa pengetahuan firma bagi kegunaannya sendiri.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah tetuan di Plaza Permata, Sentul, di sini, antara 4 September 2020 dan 14 Oktober 2021 yang didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 14 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah hingga kes selesai.

Tarikh 7 Julai ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif dan Akmalzatul Mohamed Nawi.

Tertuduh diwakili peguam Kassim Ludin dan Ahmad Fadhli Salleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI