fbpx

Isteri derita serumah dengan mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah penderitaannya yang selalu dikritik dan dimarahi ibu mentua selama tiga tahun.

Perkongsian di laman Facebook, Cinta Suami Isteri, menunjukkan perbualan WhatsApp seorang wanita yang mengadu kepada suaminya tentang perangai ibu mentua.

“Saya basuh baju waktu malam jadi isu. Saya masak pakai dapur pun serba tak kena.

“Padahal, saya masak untuk diri sendiri sahaja. Bila saya masak lebih, tak nak makan. Bila masak sikit, kata untuk lepas tekak sendiri,” keluhnya.

Sehingga kini perkongsian itu menerima 2,900 tanda suka dan 1,200 perkongsian semula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati terhadap nasib wanita tersebut dan ada antaranya mempersoalkan tanggungjawab suami yang sepatutnya menyediakan tempat tinggal untuk isteri.

“Jadi suami tapi tidak ada fungsi. Kalau hal sebegini suami pandang ringan, percayalah, bila ada anak dia akan lepaskan semua (tanggungjawab) kepada isteri.

“Bila isteri minta duit belanja, dia akan persoalkan. Anak-anak merengek pun dia akan soal isteri padahal, menyediakan tempat tinggal merupakan tanggungjawab suami,” kata Eyda.

Dalam masa sama, ada juga mencadangkan agar suami berusaha mencari rumah sewa untuk mengelakkan perselisihan faham yang lebih serius antara isteri dan mentua.

“Suami kena usaha cari rumah sewa. Tak kasihan ke dekat isteri yang dibuli mak mentua? Susahlah kalau orang perempuan sahaja hendak faham lelaki,” komen Zawiah.

“Keluarlah. Bawalah isteri duduk berdua. Itu tanggungjawab. Bahagiakan isteri, rezeki melimpah,” pesan seorang pengguna lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI