fbpx

FGV sumbang RM53,000 bantu golongan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Malik Sekak (empat dari kanan) bergambar bersama asnaf pada program Jalinan Mesra Saji Siri 2 di Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda. -Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM53,000 melibatkan kewangan kepada asnaf selain barangan bagi bank makanan masjid melalui Program Jalinan Mesra Saji Siri 2 dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Progam tersebut berlangsung di Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda di sini, hari ini yang mana PZZ-MAIWP melalui dana wakalah zakat FGV menyampaikan sumbangan kewangan RM450 berserta barangan FGV bernilai RM50 kepada 100 asnaf.

Dalam masa sama, FGV turut menyalurkan sumbangan barangan bagi bank makanan masjid sebanyak RM3,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor berkata, melalui program itu, FGV dapat menyalurkan bantuan khusus buat golongan miskin bandar yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin mencengkam.

“Justeru, kami bekerjasama dengan PZ-MAIWP dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam menyalurkan sebahagian daripada wakalah zakat FGV bagi tujuan murni ini.

“Usaha ini mencerminkan komitmen kami untuk membantu komuniti setempat terutamanya yang kurang berkemampuan di sekitar operasi perniagaan FGV,” katanya memetik kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, program tersebut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif FGV Palm Industries Sdn. Bhd., Abdul Malik Sekak; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan dan Pengerusi Masjid Saidina Hamzah, Shaari Mustafa.

Sementara itu, PPZ-MAIWP mengajak syarikat-syarikat korporat tampil menunaikan zakat perniagaan serta menggalakkan potongan zakat dalam kalangan kakitangan bagi melayakkan untuk menerima Skim Wakalah.

Pembayar zakat turut dilindungi dengan Skim Kafalah Muzakki atau dikenaki sebagai khairat kematian sehingga RM3,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI