fbpx

Enam bahan kimia bocor di makmal kesihatan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik berlakunya kebocoran bahan kimia di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh, Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH -Tumpahan air dari siling menyebabkan kebocoran beberapa bahan kimia di makmal kesihatan awam di Sungai Buloh, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan insiden kebocoran bahan kimia itu pada pukul 1.48 petang.

Katanya, seramai 19 anggota bersama dua jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Buloh serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, kami mendapati terdapat kebocoran air dari siling makmal dan mengenai tempat penyimpanan bahan-bahan kimia.

“Pasukan Hazmat dari BBP Shah Alam digerakkan ke lokasi bagi membersihkan enam jenis bahan-bahan kimia terlibat dan memastikan keadaan selamat sebelum diserahkan kembali kepada pihak berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Hafisham, tiada mangsa direkodkan terbabit dalam insiden ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI