fbpx

Dua remaja lelaki lemas mandi di Sungai Putat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang mangsa yang ditemukan di Sungai Putat dibawa ke daratan oleh penduduk kampung di Jerantut, hari ini.

JERANTUT – Kegembiraan tujuh remaja mengisi waktu cuti sekolah dengan mandi di sungai berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika mandi di Sungai Putat, berhampiran Padang Piol, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, berdasarkan siasatan mangsa Muhamad Safwan Mohamad Zamri dan Mohamad Hanapi Romzi yang berusia 13 tahun bersama lima rakannya mandi di sungai berkenaan pada pukul 11 pagi.

“Selesai mandi rakannya mengajak kedua-dua mangsa pulang tetapi kedua mangsa tidak mahu pulang dan terus mandi di sungai tersebut.

“Kira-kira pukul 4 petang rakan mangsa telah pergi ke rumah salah seorang mangsa tetapi diberitahu keluarganya mangsa masih belum pulang,”katanya, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, bapa mangsa yang bergegas ke sungai berkenaan dan mendapati selipar dan baju kedua-dua mangsa masih berada di tepi sungai cuba mencari mangsa di kawasan sekitar tetapi tidak menjumpai mangsa.

Justeru katanya, penduduk bersama anggota polis dan bomba melakukan operasi mencari dan menemukan kedua mangsa di sungai berkenaan kira-kira pukul 5.40 petang dan dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dua anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jerantut dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 5.07 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI