fbpx

Cacat sebelah tangan tak halang pemuda OKU jadi jurugambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Shafiq merakam gambar dengan menggunakan sebelah tangan sahaja di Pantai Telaga Papan, Setiu semalam. – PUQTRA HAIRRY ROSLI

SETIU – Kecacatan fizikal pada tangan kanan tidak menghalang minat seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) dalam bidang fotografi yang kini menjadi sumber rezeki utamanya.

Muhd. Shafiq Meli, 24, ber­kata, tangan kanannya tidak lagi berfungsi disebabkan kerosakan saraf yang teruk akibat kemala­ngan jalan raya pada 2015.

“Memang mula-mula sangat sedih, namun saya kembali bangkit dan tidak mahu berterusan meratap hiba.

“Berbekalkan kudrat yang ma­sih ada menggunakan tangan kiri, saya teruskan hobi dalam bidang fotografi kerana yakin mampu­ menghasilkan foto dan video menarik biarpun keadaan fizikal tidak sempurna,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pantai Telaga Papan, di sini semalam.

Muhd. Shafiq berkata, bak kata pepatah alah bisa tegal ­biasa, lama-kelamaan dia mampu­ me­lakukannya dan semakin cekap mengendalikan kamera dan dron bagi mengambil gambar serta video meskipun dengan sebelah tangan sahaja.

Ujarnya, kesemua video dan foto yang dihasilkannya telah dimuat naik ke beberapa platform media sosial peribadinya seperti YouTube, Facebook, In­stagram dan Tik Tok.

“Ramai tak sangka video dan foto itu dirakam oleh seorang OKU kerana menurut mereka, kualitinya setanding jurugambar dan juruvideo profesional lain.

“Alhamdulillah hasil foto dan video saya dihargai sehingga diambil bekerja sebagai pencipta kandungan dan pentadbir bagi akaun media sosial sebuah restoran di Penarik di sini,” ujar­nya.

Menurutnya, dia tidak pernah menerima pendidikan formal dalam bidang tersebut, tetapi kerana minat mendalam, dia mem­pelajari teknik fotografi dan videografi melalui YouTube.

“Insya-Allah saya mahu menambah ilmu lagi agar dapat menghasilkan lebih banyak kan­dungan media sosial bermanfaat.

“Semoga ia dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencapai impian yang mereka inginkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI