fbpx

Bekas pramugari perlu RM150,000 jalani pemindahan buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAHZATUSSHIMA ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

SEBERANG PERAI – Kehidupan seorang bekas pramugari berubah selepas dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik 11 tahun lalu.

Nahzatusshima Kamarudin, 48, yang berasal dari Subang Jaya, Selangor berkata, ekoran kesihatannya itu, dia terpaksa melupakan kerjaya impian di awan biru dan kini bekerja sambilan sebagai perancang pemasaran di sebuah syarikat swasta.

“Sejak disahkan menghidap sakit buah pinggang, saya menjalani rawatan dialisis di Shah Alam dan memerlukan perbelanjaan RM3,000 sebulan.

“Ketika ini, saya menerima bantuan zakat sebanyak RM1,300 sebulan dan sebahagian ditanggung oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Namun jumlah itu tidak mencukupi dan saya memerlukan RM1,200 sebulan lagi untuk kos ubat-ubatan dan pengangkutan,” katanya.

Jelasnya, sinar harapan baharu muncul buatnya apabila suami, Jessri Hazril, 47, sanggup mendermakan salah satu buah pinggang kerana mereka mempunyai jenis darah yang sama.

“Saya berharap dapat me­niti usia tua bersama suami dan anak-anak dengan pemindahan buah pinggang ini.

“Tetapi prosedur ini memerlukan kos RM150,000 dan ia begitu membebankan kami sekeluarga kerana saya dan suami tiada pekerjaan tetap,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya bersetuju membantu pasangan berkenaan yang memohon bantuan me­ngutip dana agar kehidupan mereka lebih baik dan dapat menguruskan keluarga.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun 3201428817 (Public Bank Berhad – One Hope Charityu & Welfare) atau layari www.onehopecharity.org atau menghubungi talian 04-539 9212 dan 018-911 4192.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI