fbpx

Aqish, Qistina bertelagah isu remeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AQISH dan Qistina Raisah kini dilihat saling bertentangan pendapat yang diluahkan menerusi laman sosial masing-masing.

PERANG media sosial antara pelakon muda Puteri Balqis dengan Qistina Raisah nampaknya bagai tiada kesudahan.

Laman sosial seakan-akan menjadi gelanggang berbalas kenyataan apabila masing-masing meluahkan perasaan.

Saling sindir menyindir antara satu sama lain, hakikatnya mereka dikatakan berbalah hanya disebabkan perkara remeh.

Qistina ‘sentap’ apabila pelakon muda sensasi itu menyebutnya sebagai aktres yang suka membuat konten mendedahkan tubuh semata-mata.

Dakwa Qistina perbuatan memalukannya secara terbuka sebegitu sangat mengejutkan kerana selama ini tidak pernah ada sebarang masalah dengan Balqis.

Mizz Lahar pun tak faham apa isu yang diperbesarkan itu, kecuali akibat rasa tidak puas hati yang dipendamkan selepas sekian lama.

Harap-harap pertelagahan itu dapat diselesaikan secara baik. Dua-dua pun masih muda, perjalanan panjang lagi. Bermaaf-maafan lebih baik.

Mizz Lahar: Artis senior pun ada yang tengah berperang dingin, depan orang saja mereka bermanis muka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI