fbpx

Aligator lompat dari tingkat 20 elak dimasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aligator tersebut jatuh di luar sebuah kedai. – Metro UK

BEIJING –  Seekor aligator melompat dari sebuah balkoni pada ketinggian lebih 20 tingkat ketika melarikan diri daripada dimasak oleh pemiliknya, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan reptilia sepanjang 1 meter itu jatuh dari sebuah bangunan bertingkat di Shenzen, China, pada Isnin lalu.

Haiwan itu menimpa kanopi sebuah kedai di tingkat bawah. Pemilik premis berlari keluar dan mendapati seekor aligator berada di situ. 

Polis kemudian menjejaki pemilik reptilia tersebut dan mendapati pemiliknya dikenali sebagai Liu. Dia  memelihara haiwan itu selama lebih 10 tahun, namun mengaku  mahu memakannya.

Namun, tidak dijelaskan bagaimana aligator itu terlepas kerana ketika kejadian, tiada sesiapa berada di rumah pemiliknya.

Liu dilaporkan meminta  maaf kepada jiran-jiran kerana kebimbangan yang berlaku akibat insiden tersebut.

Aligator itu pula dirampas oleh polis dan berada di bawah jagaan pihak berkuasa, manakala jabatan perikanan tempatan masih  menyiasat insiden tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI