fbpx

K2

Adat bersanding di khalayak ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN pengantin perlu menjaga adab dan batasan ketika bersanding.

Apakah hukum bagi adat bersanding di khalayak ramai ketika walimah. Contohnya, di hadapan dewan (tanpa melakukan sebarang upacara khurafat, sekadar duduk dengan menjaga batas aurat).

Jawapan: Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Kiamat.
Islam menggalakkan umatnya untuk berkahwin kerana ia merupakan fitrah yang ditetapkan oleh Allah SWT dan salah satu sunnah Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” [Surah al-Dzariyat: 49]

Sebuah perkahwinan dianggap sah sekiranya memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan syarak. Dr. Muhammad Zuhaili telah menyebut dalam kitabnya bahawa tidak akan sempurna akad nikah itu melainkan dengan memenuhi rukun-rukunnya dan melengkapi syarat-syarat bagi setiap rukun tersebut.

Berkenaan bersanding, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bersanding membawa maksud duduk bersebelah-sebelahan (berjajar, berdamping, seperti pengantin di atas pelamin).

Bersanding tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi. Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabiah walaupun bukan dengan tujuan syahwat sekiranya tiada sebab yang mengharuskan baginya melihat wanita tersebut. Namun, sekiranya terdapat sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, dalam majlis pengajian, berubat dan ketika berjual beli, maka tiada masalah untuk lelaki ajnabi melihat wanita ajnabiah.

Jika ada golongan yang mengatakan bahawa tujuan diadakan persandingan mengikut adat untuk memperkenalkan kepada ahli keluarga dan orang ramai kedua-dua pengantin.

Maka kami katakan, tiada masalah jika ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat, adab-adab dan batasan-batasan dijaga dengan baik.

Antara adab-adab dan batasan-batasan yang perlu dititikberatkan ketika bersanding adalah:-
1 – Sekiranya mengadakan pelamin, perlu diingatkan bahawa ia tidak dilakukan secara berlebihan yang menjurus kepada pembaziran serta tidak berlaku percampuran lelaki dan perempuan.
2 – Adat bertepung tawar dan menabur beras kunyit tambahan yang disertai dengan jampi dan mantera adalah haram dilakukan. Sebaliknya, adalah lebih baik sekiranya dilaksanakan majlis doa selamat bagi mendoakan pasangan pengantin.
3 – Pasangan pengantin perlulah menjaga etika berpakaian iaitu pakaian yang menutup keseluruhan aurat bagi lelaki dan wanita, pakaian yang tebal dan tidak jarang sehingga menampakkan warna kulit serta longgar sehingga tidak menampakkan bentuk tubuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI