fbpx

12 Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim baharu dilantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im ketika bergambar bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim yang baharu.

PUTRAJAYA – Seramai 12 individu profesional berkelayakan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) baharu bagi memacu dan memperkasa inisiatif melestari gerakan dakwah badan ini.

Barisan kepimpinan itu dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 3 Mei lalu.

Antara individu yang dilantik adalah, Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus, Timbalan Yang Dipertua Yadim, Prof. Dr. Adi Anuar Azmin dan Prof. Madya Datuk Dr. Izhar Ariff Mohd. Khashim.

Turut dilantik, Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj, Prof. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain dan Dr. Johari Abdullah @ Yap Guan Kheng.

Watikah pelantikan mereka disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naím Mokhtar di sini hari ini.

Mohd. Na’im berkata, diharapkan dengan barisan baharu ALPA ini dapat membantu Yadim untuk terus melahirkan pendakwah yang bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat, tetapi juga menjadi contoh kepada mereka.

“Kesemua yang dilantik mewakili pelbagai lapisan masyarakat serta mempunyai kemahiran, disiplin serta pengalaman mendalam dalam bidang masing masing seperti pendidikan, khidmat masyarakat, dakwah, keagamaan, pempengaruh dan sebagainya.

“Yadim yakin gandingan ALPA baharuini dapat membawa Yadim melaksanakan teras tanggungjawab dakwahnya dalam bidang pendidikan, kebajikan dan sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI