fbpx

Warga ATM terima berita gembira daripada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri ketika menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Warga ATM Markas 5 Briged Kem Lok Kawi hari ini. -Foto: Ivan Amirul-

PUTATAN – – Kerajaan meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) kepada anggota perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah, Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) berkuat kuasa 1 Julai depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan tersebut akan memanfaatkan 33,586 anggota ATM dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun berdasarkan perjawatan tahun 2022.

“Kadar BISS dan BISM juga adalah lebih rendah berbanding kadar BIW. Selama ini pegawai dan anggota ATM yang bertukar wilayah menerima BISS dan BISM.

“Bagaimanapun, kadar BISS dan BISM yang diberikan adalah lebih rendah berbanding kadar BIW yang diterima oleh pegawai perkhidmatan awam lain,” katanya sewaktu berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Warga ATM Markas 5 Briged Kem Lok Kawi hari ini.

Selain itu, Anwar mengumumkan projek baharu pembangunan semula 49 unit rumah terbiar untuk dijadikan 47 unit kuarters awam selain sebuah Rumah Transit Kementerian Pertahanan cawangan  Sabah di Taman Lok Kawi bernilai RM25 juta.

“Kita juga bersetuju memperuntukkan sebanyak RM213 juta bagi pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas Kem Lok Kawi. Sebanyak RM4.8 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf Aviari di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

“Sebanyak RM67 juta untuk menaik taraf Jalan Lok Kawi dari bulatan Sabindo ke sungai Kinarut. Dalam pada itu, RM23 juta diberikan untuk pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Kawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI