fbpx

Tindakan segera akan dilakukan jika IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (tengah) melakukan gimik pelancaran inisiatif penjenamaan semula Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) di Hotel Aloft di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan telah diadakan minggu lalu melibatkan kementerian serta agensi terbabit bagi membincangkan berkenaan tindakan yang bakal diambil mengenai persediaan bagi menempuh jerebu pada musim monsun barat daya yang bermula 15 Mei sehingga september nanti.

Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, antara jabatan terlibat termasuklah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang melibatkan aktiviti luar.

“Seperti sedia maklum ketika ini kita sedang memasuki fasa musim monsun barat daya yang melibatkan cuaca kering dan hujan berkurangan dari 15 Mei lalu dan dijangka selesai pada September nanti.

“Keberangkalian el-Nino yang dijangkakan sehingga 82 peratus berlaku pada separuh kedua 2023, risiko tersebut sudah kita maklum dan pemantauan terhadap pembakaran terbuka juga telah dipantau ketika ini,” jelasnya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Penjenamaan Semula Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) di Hotel Aloft di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, sejak Januari sehingga Mei terdapat hampir 2,000 kes pembakaran terbuka dan lima pembakaran berskala besar berlaku melibatkan hutan tanah gambut, tempat pelupusan sampah dan tempat pelupusan sampah haram.

“Jadi pihak kami akan terus memantau dengan lebih dekat mengenai cuaca panas ini dan kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka dan tindakan akan terus dilakukan sekiranya tahap IPU semakin membimbangkan.

“Langkah-langkah serta tindakan akan terus dilakukan kerajaan seperti penutupan sekolah, aktiviti sukan diberhentikan dan semua itu memang dalam pemantauan pihak kami.

“Saya akan mengetuai delegasi Malaysia bagi peringkat antarabangsa di Singapura pada 7 dan 8 Jun nanti dalam kalangan menteri sumber asli Asean bagi membincangkan berkenaan tindakan bagi menghadapi al-Nino ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI