fbpx

Takut mati, jantung berdebar simptom serangan panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sesak nafas, jantung berdebar dan takut akan mati antara tanda-tanda seseorang terkena serangan panik.

Menerusi perkongsian di Twitter team Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, tanda-tanda atau simptom yang dikenal pasti sebagai serangan panik itu boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab.

Serangan panik juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa pening kepala, mata berpinar, nafas tidak lancar, berdebar dan rasa tercekik.

Tambahnya, serangan panik yang teruk boleh menyebabkan hilang kepentingan dalam sosial, pekerjaan dan personaliti.

“Antara langkah atau rawatan awal yang boleh diambil adalah dengan mengamalkan teknik relaksasi pernafasan, otot progresif, ibadah dan meditasi,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, kebanyakan pesakit serangan panik juga turut mengalami kemurungan.

Perkongsian tersebut tular di aplikasi Twitter dengan tontonan sebanyak 42,000 tanda suka sebanyak 543 dan ulang ciap sebanyak 520. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI