PENYANYI Rossa menafikan dakwaan segelintir pihak yang menganggap hubungan romantiknya dengan Afgan sekadar gimik untuk menaikkan nama mereka dalam industri.
Penyanyi lagu Pudar itu menganggap tuduhan sedemikian sesuatu yang melucukan. Mereka tidak memerlukan sebarang gimik untuk mengekalkan nama.
“Kelakar juga bila ada yang kata kami buat gimik (bercinta). Saya dan Afgan sudah lama dalam industri seni, kami tak perlu gimik untuk menaikkan nama,” ujarnya.
Tambah Rossa, gosip cinta dengan Afgan bukan sesuatu yang dirancang, sebaliknya sokongan daripada peminat yang suka melihat mereka bersama.
“Apa yang terjadi antara kami tidak dirancang, neutral saja. Kami pun tak pernah beri kenyataan tentang hubungan kami seperti apa. Diamkan saja” ujarnya.