fbpx

Penggambaran filem Tamil langkah realisasi Ipoh sebagai pusat perusahaan filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (tengah) bercakap pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Mei di Dewan Mesyuarat MBI, Bangunan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh, Perak hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Penggambaran filem Tamil atau Kollywood dari Selatan India menjadi langkah pertama untuk merealisasikan Ipoh seperti pusat perusahaan filem di Mumbai, India.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kehadiran penggiat filem dari India itu adalah satu petanda yang baik bagi bandaraya ini untuk mencapai hasrat Ipoh menjadi lokasi tumpuan dan aspek seni kreatif.

“Dari tahun lepas, kita dah memang ada perancangan untuk menarik penggiat seni dari India dan terbukti ia sudah bermula pada tahun ini.

“Apabila kita rujuk-rujuk dengan ejen Bollywood di India, mereka seperti tidak berminat dengan Ipoh tetapi kita telah mendapat sambutan yang baik daripada penggiat seni dari Selatan India,” katanya ketika sidang akhbar di Dewan Mesyuarat Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.

Menurutnya, penggambaran filem yang dijalankan selama sebulan di bandaraya ini sudah cukup bagi pasaran Ipoh.

“Saya rasa dah cukup untuk market (pasaran) Ipoh kerana apa yang saya baca di media sosial, penduduk di Selatan India sahaja sudah mencecah kira-kira 200 hingga 300 juta.

“Di India, rupanya terbahagi kepada dua industri filem yang besar iaitu Bollywood dan Kollywood,” katanya.

Rumaizi berkata, beliau berharap akan lebih banyak lagi penggambaran filem dari penggiat seni antarabangsa khususnya dari Selatan India menjalankan penggambaran di bandar ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI