JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi orang ramai berebut daging kerbau yang dibuang di sebuah tapak pelupusan sampah, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @bengkalisku.
“Video daging kerbau dari India yang dikutip penduduk di tapak pelupusan sampah daerah Bantan (Benkalis), Isnin (29/5/2023),” demikian menurut keterangan pada video tersebut.
Sumber mengatakan bahawa daging kerbau itu telah diimport secara haram dan dilupuskan oleh Jabatan Kastam Bengkalis.
Orang ramai kelihatan menggali longgokan sampah dan mengisi bekas yang dibawa mereka dengan daging kerbau tersebut.
Sebuah jentera berat kelihatan berada berhampiran lokasi daging kerbau itu dibuang. – Agensi