fbpx

Penduduk gempar temui mayat berdiri dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu mayat berdiri ditemui dekat Pusat Rekreasi dan Promosi Pembangunan, Semarang pada Sabtu lalu. - Foto detikjateng

JAKARTA – Satu mayat ditemui dalam keadaan berdiri dekat Pusat Rekreasi dan Promosi Pembangunan (PRPP) di Indonesia, sehingga mencetuskan kegemparan, lapor laman berita Detik Jateng hari ini.

Polis mengesahkan identiti mayat itu sebagai Roffi Teguh Prakhoso, 27, yang berasal dari Semarang Utara. Dia merupakan mangsa dua kes berlainan Sabtu lalu yang melibatkan tujuh orang dengan suspek sudah ditangkap. 

Menerusi gambar yang diperoleh Detik Jateng, mayat Roffi dilihat berdiri dalam posisi menunduk manakala bahagian bahu hingga ke bawah badannya berada di dalam air longkang.

Berdasarkan keterangan seorang pegawai polis tempatan, Irwan Anwar, mangsa pada awalnya dicederakan menggunakan peralatan tajam yang ditusuk ke perut dan dada selain dia turut dipukul.

Namun, mangsa ketika itu dipercayai masih menunggang motosikal sehingga tiba di PRPP, di mana dia berhenti dan turun sebelum terbaring.

Tiga telefon bimbitnya kemudian dilarikan suspek lain ketika mangsa masih hidup. Dia juga dipercayai berusaha untuk bergerak, namun terjatuh ke dalam longkang yang sempit sehingga ditemukan dalam keadaan mati berdiri pada malam minggu lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI