fbpx

Pendapatan tak setara, Ubai perlu ‘pecut’ – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA Amzah enggan memberi tekanan soal perbezaan tahap pendapatan kepada tunangnya, Ubai.

PETALING JAYA – Penyanyi popular, Shila Amzah tidak melihat isu perbezaan tahap pendapatan tunangnya, Ubai sebagai masalah dalam perhubungan mereka.

Penyanyi yang sebelum ini pernah mencipta di China itu juga tidak pernah memberi tekanan kepada bakal suaminya yang juga pempengaruh media sosial itu untuk mendapatkan pendapatan yang setanding dengannya ketika ini.

Kongsi pemilik nama penuh Nurshahila Amir Hamzah, 33, perkara tersebut sudah banyak kali dibincangkan bersama Ubai sejak mereka serius menjalin percintaan.

“Sejujurnya Ubai memang agak tertekan mengenai hal tersebut tetapi saya cakap supaya dia usaha dan doa.

“Untuk dia capai sama seperti saya seperti sekarang, memang tidak mungkin tetapi cukup, asalkan dapat selesaikan urusan nafkah dan semua yang patut termasuk insurans.

“Kasihan dia baru berusia 25 tahun tetapi perlu pecut untuk sama kedudukan,” katanya dalam perkongsian InstaStory hari ini.

Dia juga berpesan kepada Ubai untuk melakukan kerjanya sehabis baik dan sentiasa percaya serta syukur dengan rezeki yang Tuhan berikan ketika ini.

“Saya ada cakap buat sehabis daya. Buat masa sekarang, saya rasa sudah mencukupi dengan rezeki yang Allah SWT berikan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shila mengakui tidak dapat lari daripada melalui rasa takut untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas melakui fasa  perceraian.

Penyanyi Patah Seribu itu bagaimanapun berkata perasaan tersebut adalah normal dan individu yang pernah merasai pengalaman pahit sebelum ini perlu memberi diri peluang untuk bahagia.

“Perasaan takut itu normal dan orang seperti kita (pernah cerai) perlukan banyak pertimbangan.

“Namun paling penting, berhenti mensabotaj diri dan izinkan diri untuk bahagia,” katanya lagi.

Ujarnya, setiap manusia tidak akan pernah tahu aturan hidup ketentuan Tuhan dan hanya perlu melalui takdir dengan berlapang dada.

“Kita tidak akan tahu semua yang bakal terjadi di masa depan. Kebimbangan juga tidak akan menjadikannya (hidup) lebih baik.

“Berdamailah dengan keadaan, tiada apa di dunia ini kekal untuk selamanya,” ujarnya.

Pemilik nama penuh tersebut berkongsi pandangannya itu selepas menerima beberapa soalan daripada pengikut Instagramnya.

Pada 27 Mei lalu, Shila dan Ubai mengejutkan ramai pihak apabila mengikat tali pertunangan di sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahki keluarga dan teman rapat sahaja.

Perkara tersebut mengejutkan ramai susulan beberapa hari sebelum itu timbul spekulasi hubungan mereka sudah putus selepas lima bulan bercinta. Mereka difahamkan bakal bernikah tahun ini.

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI