fbpx

Liga Europa: Sevilla ikrar pertahankan status ‘Raja Liga Europa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEVILLA terdesak untuk meraih kejuaraan Liga Europa bagi menyelamatkan kempen hambar musim ini selain mahu terus mempertahankan status mereka sebagai pakar aksi Eropah berkenaan. – AFP

SEVILLE – Bintang veteran Sevilla, Jesus Navas mahu memastikan pasukannya kekal memegang status sebagai ‘Raja Liga Europa’ menjelang aksi final menentang AS Roma di Puskas Arena awal pagi esok.

Bek kanan berusia 37 tahun itu menganggap trofi tersebut adalah satu-satunya peluang keemasan buat mereka untuk menyelamatkan kempen hambar dalam saingan domestik yang menyaksikan Sevilla berada di tangga ke-11.

Jika menang, ia bakal menjadi trofi Liga Europa yang ketujuh buat Sevilla dan secara tidak langsung layak secara automatik ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Ia juga dilihat sebagai hadiah terbaik buat Jurulatih Sevilla, Jose Luis Mendilibar yang berjaya mentransformasikan pasukan itu walaupun baru dua bulan dilantik pada 21 Mac lalu.

“Kami mengubah nasib kami dalam kejohanan ini. Ia sangat mengagumkan melihat semula bagaimana kami berjaya melepasi setiap perlawanan Liga Europa.

“Kejohanan ini amat penting buat kami. Kepuasannya sukar digambarkan dan kami mahu menamatkannya sebagai pemenang.

“Kami mampu melakukannya dengan kehadiran Jose Luis (Mendilibar). Anda lihat sahaja sudah beberapa pasukan kami singkirkan dan sekarang hanya selangkah lagi untuk kami meng­akhirinya,” kata Navas.

Penyerang Sevilla, Rafa Mir melaungkan keyakinan tinggi mereka mampu membawa pulang trofi keramat itu ke Seville, Sepanyol selepas dua edisi me­nyaksikan Villarreal dan Eintracht Frankfurt memenanginya.

Mir mendedahkan, mereka akan menampilkan prestasi luar biasa di Budapest, Hungary awal pagi esok berbanding persembahan hambar ketika tewas 1-2 di tangan Real Madrid baru-baru ini.

“Trofi Liga Europa perlu pulang semula ke ‘rumahnya’. Kami akan lakukan segala-galanya untuk memastikan ia menjadi ke­nyataan. Kami yakin boleh me­lakukannya,” jelasnya.

Kali terakhir Sevilla bergelar juara Liga Europa ketika menewaskan Inter Milan 3-2 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Rhein Energie di Cologne, Jerman pada 21 Ogos 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI