Lagu-lagu hits daripada kumpulan NewJeans secara kolektif telah melepasi 1.5 bilion penstriman dalam aplikasi Spotify.
Gabungan jumlah strim untuk semua lagu NewJeans melebihi 1.5 bilion. Menariknya, kumpulan tersebut memperolehi pencapaian tersebut hanya dalam tempoh 10 bulan selepas debut.
NewJeans mencapai jumlah strim terkumpul 1 bilion dalam Spotify Mac, menjadikan rekod untuk jumlah masa terpendek yang diambil oleh artis K-pop untuk mencapai kejayaan selepas 219 hari rasmi bergelar penyanyi.
Selain itu, NewJeans juga telah mengeluarkan single kolaborasi bersama Coca-Cola berjudul Zero yang mempercepatkan jumlah gabungan penstriman sehingga melonjakkan jumlah keseluruhan penstriman.