fbpx

‘Kalau tak menang, seri pun jadilah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORIZAM jamin akan melunaskan baki gaji 50 peratus pemain dengan harapan akan menjadi motivasi bagi meraih kemenangan apabila menentang Kelantan United, Jumaat ini.

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman akhirnya ‘buka mulut’ dan tampil memberi jaminan kelab itu akan melunaskan baki gaji 50 peratus gaji pemain yang ditahan sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan kelab itu berdepan tunggakan gaji dua bulan dan Norizam atau Zamsaham berharap bayaran yang dibuat kepada pemain dapat menghadirkan motivasi untuk dapatkan kemenangan pada pertemuan dengan Kelantan United, Jumaat ini.

“Salam semua penyokong The Red Warriors (TRW) yang dikasihi. Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh.

“Tak benar dua bulan gaji tertunggak. Tapi bila kekalahan berterusan 10 kali, saya kata nak gaji penuh April, bagilah saya kemenangan. Main betul-betul. Saya bukan tolak, saya tahan.

“Saya telah bayar semua gaji, tidak ada tunggakkan dan saya janji baki gaji yang ditahan 50 peratus semua akan dibayar. Mainlah sehabis baik. Saya nak menang sebenarnya, itu saja.

“Saya nak cari duit susah. ­Biarlah rasa berbaloi dengan kemenangan. Kalau tak menang seri pun jadilah. Untuk perlawanan minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tidak menang, usahalah sehabis baik kepada seri, kalau kalah, biarlah kalah bermaruah,” katanya.

Kelmarin, dua pemainnya, Farhan Abu Bakar dan Afzar Akbar tampil ke pejabat Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk mendapatkan pembelaan selepas dikatakan berlaku pemotongan gaji.

Eksekutif Undang-Undang PFAM, Syafiq Jebat menjelaskan, pihaknya memiliki prosedur untuk cuba memastikan isu berbangkit dalam menyelesaikan masalah mengikut lunas undang-undang bola sepak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI