fbpx

Jungkook kini ‘raja TikTok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

AHLI kumpulan BTS, Jungkook sekali lagi menjadi topik utama dalam media sosial apabila berjaya memperoleh sejumlah 10 juta tontonan ketika melakukan sesi siaran langsung (live) bersama aplikasi Weverse baru-baru ini.

Peminat yang teruja kemudiannya telah menyiarkan semula rakaman tersebut dalam TikTok. Tidak sampai sejam, video yang mempamerkan aksi tarian bintang berusia 25 tahun itu telah dikongsi semula oleh sehingga beribu-ribu pengguna TikTok.

Hanya dalam masa beberapa minit sahaja, video yang dikongsikan semula dalam TikTok itu berjaya mencatatkan jutaan jumlah tontonan sekali gus membuktikan gelarannya sebagai ‘raja TikTok’.

Kuasa Jungkook terhadap aplikasi popular itu sememangnya tidak dapat dinafikan selepas video yang menampilkan dirinya akan cepat menarik perhatian jutaan peminatnya dari seluruh dunia.

Kejayaan yang dicapai itu turut membuktikan kedudukannya sebagai salah seorang selebriti paling berpengaruh di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI