fbpx

Buruh terjun tingkap, rumah dibadai ribut di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed memandang rumahnya yang dihempap pokok kekabu di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Seorang buruh cedera pada kepala dan kaki selepas dihempap dinding rumah sewanya yang tumbang semasa ribut di Kampung Pintu Geng, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Charoni Taani, 38, juga terpaksa terjun menerusi tingkap setinggi tiga meter selepas menyedari rumah sewanya hampir ranap selepas dihempap pokok kekabu besar yang tumbang.

Menurutnya, semasa keja­dian, dia berada di dalam sebuah bilik selepas memasak dan secara tiba-tiba dinding runtuh dan menghempapnya.

“Keadaan rumah ketika kejadian menjadi gelap apabila bekalan elektrik terputus. Saya terus terjun menerusi tingkap untuk menyelamatkan diri da­ripada runtuhan rumah.

“Tiga lagi rakan serumah keluar bekerja semasa kejadian berlaku,” katanya semalam.

Charoni berkata, dia pada awalnya menyangka dirinya akan terkorban dalam kejadian itu apabila rumah sewanya itu ranap 100 peratus apabila dihempap pokok kekabu.

Pemilik rumah itu, Moha­med Jali, 66, berkata, dia menge­tahui kejadian pokok kekabu menimpa rumahnya petang kelmarin selepas dihubungi oleh penduduk kampung.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia terkejut selepas melihat hampir keseluruhan rumah yang disewakan kepada Charoni roboh akibat dihempap pokok kekabu yang berusia 30 tahun.

“Dalam kejadian ini, saya rugi kira-kira RM70,000. Saya cadang tebang sepohon lagi pokok kekabu kerana risau kejadian sama berulang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI