fbpx

Bapa Zamarul Hisham meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Zamarul Hisham bersama bapanya, Allahyarham Mohamed Mohamed Zain.

PETALING JAYA – Bapa kepada Zamarul Hisham, Mohamed Mohamed Zain menghembuskan nafas terakhir selepas terjatuh di dalam bilik air di kediamannya di Bangi, sekitar pukul 7 malam, semalam.

Berita sedih itu dikongsikan pelakon tersebut yang menyatakan dia kini kehilangan tempat mengadu dengan pemergian insan disayanginya itu.

“Innalillahhiwainnailaihirojiun. Tiada lagi teman bicara, teman untuk berkongsi rasa, pendengar setia.

“Bak (panggilan bapa) baru dua hari lepas Sham (panggilan Zamarul) balik kita berbual panjang, ketawa ceria tetapi hari ini bak pergi tinggalkan kami semua.

“Al fatihah buat bak. Semoga bak tenang di sana. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Sementara itu, isterinya, Diana Rafar ketika dihubungi Kosmo! Online mengatakan arwah tiada sebarang penyakit, malah mereka sempat membelikannya durian ketika balik ke Bangi kelmarin.

Kata aktres terbabit, Allahyarham meminta Zamarul membawakan buah kesukaaannya itu untuk dimakan bersama-sama.

“Bak seorang yang ceria. Ketika kami balik dia ada pesan durian sebab teringin. Memang nampak dia gembira dapat menjamah beberapa ulas durian.

“Memang tak nampak pun bak ada masalah kesihatan. Kami berbual macam biasa. Sampailah kami dapat khabar bak jatuh dalam bilik air.

“Apa pun kami reda. Allah lebih sayangkan bak, ” katanya lagi.

Menurut Diana, sebelum itu Allahyarham turut meminta seorang cucu membingkaikan gambarnya untuk diletakkan di kepala katil.

Allahyarham disolatkan di Masjid Al-Umm, Bangi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi (Sg Tangkas), Kajang, pukul 10.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI