fbpx

5 tahun tertunda, Raffi Ahmad bakal tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFFI AHMAD

IMPIAN pengacara Raffi Ahmad untuk menunaikan ibadah haji akhirnya menjadi kenyataan pada tahun ini.

Raffi berkata, hasrat menunaikan rukun Islam kelima itu sudah lima tahun tertangguh kerana hal yang tidak dapat dielakkan.

Bukan hanya isteri dan ibu mentuanya, Raffi turut membawa beberapa orang pekerja yang sudah bertahun-tahun bekerja dengannya.

“Alhamdulillah akhirnya diberi kesempatan, insya-Allah. Jalan untuk menunaikan haji kali ini dipermudahkan.

“Sebenarnya sudah lima tahun saya merancang untuk menunaikan haji tapi tidak ada rezeki. Kalau umrah sudah beberapa kali,” ujarnya.

Menurut Raffi dia tidak membawa dua anaknya kerana usia yang masih terlalu kecil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI