fbpx

Tinggal kaca mata hitam punca kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta tersebut selepas kaca mata terbakar akibat ditinggalkan ketika cuaca panas. – SWNS/ Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Nottinghamshire

LONDON – Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Nottinghamshire di Britain mengeluarkan amaran supaya  orang ramai  tidak meninggalkan kaca mata hitam di dalam kereta terutamanya di ruang yang terdedah kepada pancaran matahari, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dalam  kejadian pada Sabtu lalu, sepasang kaca mata hitam yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta mencetuskan kebakaran dengan ruang dalaman kenderaan itu mencair.

Kaca mata itu memantulkan cahaya matahari yang menyebabkan papan pemuka serta ruang enjin terbakar. 

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat  Nottinghamshire dipanggil ke lokasi kejadian pukul 5.05 petang (waktu tempatan) dan mengeluarkan amaran berkenaan kepada pemandu lain.

“Sila berhati-hati kerana ia (kaca mata) boleh mencetuskan kebakaran. 

“Sebelum ini, kami memadamkan kebakaran  berpunca daripada kaca mata yang dibiarkan di atas papan pemuka. Pastikan anda menjauhkan objek pemantul daripada pancaran   matahari,” katanya.

Amaran tersebut menerima reaksi ramai pemandu di media sosial. Rata-rata mereka tidak  menyedari tentang bahaya tersebut.

“Maklumat yang bagus. Tahniah kerana memberi amaran mengenai perkara ini dan memadamkan kebakaran,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tidak pernah tahu mengenai perkara ini,” ujar netizen  lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI