fbpx

Tarif air dalam semakan untuk dilaksana kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (lima kiri berdiri) dan Amirudin (enam kiri) pada majlis pecah tanah LRA Sungai Rasau itu. Foto AFIQ RAZALI

KUALA LANGAT – Cadangan semakan semula tarif air sedang dilaksanakan agar dapat memberi pulangan modal setimpal dengan kos operasi yang dibelanjakan operator air seluruh negara.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kerajaan Persekutuan sedar bahawa kemampanan kewangan operator air memainkan peranan penting dalam mutu penyampaian perkhidmatan bekalan air.

“Kami sedia maklum bahawa terdapat negeri-negeri yang masih menggunakan tarif yang lama dan tidak pernah disemak sejak lebih 20 tahun lalu dan perkara ini sedang dalam tindakan NRECC.

“Pada masa yang sama, kami akan memastikan supaya sebarang kenaikan tarif tidak akan membebankan golongan yang kurang berkemampuan,” katanya, hari ini selepas menghadiri majlis pecah tanah Skim Bekalan Air Rasau di tapak projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau di Kampung Seri Cheeding, di sini yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu, Nik Nazmi memberitahu, bahawa Selangor adalah antara negeri yang terbaik selain Johor dalam pengurusan air tanpa hasil (NRW) iaitu di bawah 30 peratus.

Sementara itu, Amirudin berkata, proses penggantian paip yang dijalankan sejak 2016 serta kawalan kebocoran dan kecekapan operasi berjaya mengurangkan NRW di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI