fbpx

Suami rampas tiara ratu cantik, tidak puas hati isteri tempat kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu merampas tiara dan melemparnya ke lantai. - Jam Press Vid

BRASILIA, Brazil – Seorang lelaki tempatan tidak berpuas hati apabila isterinya mendapat tempat kedua dalam satu pertandingan ratu cantik di Brazil, lapor akhbar New York Post semalam.

Semasa peringkat akhir pertandingan Miss Gay Mato Grosso 2023, lelaki itu naik ke pentas dan merampas tiara pemenang sebelum menghempasnya ke lantai.

Penonton terkejut ketika suami kepada seorang finalis bernama Nathally Becker yang mewakili Cuiaba mengganggu acara penyampaian hadiah kepada johan pertandingan, Emanuelly Belini yang mewakili Varza Grande.

Belum sempat tiara itu diletakkan di kepala Belini, suami Becker merampasnya lalu melemparnya ke lantai. 

Lelaki itu kemudian mengutip tiara tersebut dan menghempasnya sekali lagi. 

Dia kemudian menarik Becker untuk turun dari pentas sebelum dihalang dan diiring pengawal keselamatan ke belakang pentas.

Penyelaras pertandingan itu, Malone Haenisch mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa panel hakim telah membuat keputusan adil dalam mengisytiharkan Belini sebagai pemenang.

Tegasnya, tindakan undang-undang akan diambil ke atas pelaku gangguan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI