fbpx

SRK biayai kos rawatan kanser peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

KETIKA isu beri ‘duit kopi’ sebanyak RM13 juta kepada pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) hangat diperkatakan, imej Shah Rukh Khan (SRK) tetap baik di mata peminat.

Apatah lagi bintang kesayangan ramai itu dikatakan ada membantu seorang pesakit kanser yang juga peminatnya dengan sokongan moral dan kewangan.

Bapa kepada tiga orang anak itu dikatakan telah menghubungi sendiri peminatnya berusia 60 tahun untuk menghulurkan bantuan.

Perkara tersebut didedahkan anak pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Priya menyatakan Raja Bollywood itu sangat mesra dan prihatin sepanjang setengah jam perbualan menerusi panggilan video.

Bukan hanya bertanya khabar, bintang berusia 57 tahun itu turut berjanji membiayai kos rawatan, malah meminta ibunya, Shivani Chakraborty, berfikiran positif dalam melalui dugaan.

“Selain bertanya khabar, Shah Rukh Khan turut berdoa untuk kesembuhan yang cepat untuk ibu saya.

“Dia membacakan doa untuknya. Itu sangat manis,” kata Priya memetik satu laporan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI