fbpx

Selepas ibu bapa maut kena Covid-19, abang maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD HAIDIR (kanan) memikul tanggungjawab untuk menjaga empat adiknya di rumah mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson pada 2021.

PORT DICKSON – Abang sulung bagi lima beradik yang kehilangan ibu dan bapa akibat Covid-19, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ke tempat kerja di dalam Jimah Power Plant, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, Muhammad Haidir Rodzi, 25, menunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Timbalan Ketua Polis daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin, kemalangan kira-kira pukul 8.20 pagi itu melibatkan sebuah lori dengan motosikal jenis Yamaha 135LC.

Berita berkaitan: Covid-19 ragut kebahagian lima beradik

“Siasatan awal mendapati pemandu lori dan mangsa bergerak dari arah Lukut menghala ke Jimah Power Plant Bukit Pelandok.

Sebaik sampai di Jalan dalam Jimah Power Plant Bukit Pelandok, lori membelok ke kanan simpang dan motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah belakang.

Keadaan motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan ketika ke tempat kerja, pagi tadi. – IHSAN POLIS.

“Motosikal itu telah melanggar bahagian belakang lori. Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan dalaman serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Haidir dari Bandar Sunggala di sini, perlu menjaga empat adiknya selepas mereka kehila­ngan ibu dan bapa yang meninggal dunia akibat Covid-19. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI