fbpx

Projek naik taraf Terminal Feri Kuala Kedah bermula hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (kanan) di samping Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) melihat grafik Projek Naik Taraf Terminal dan Jeti Penumpang, Kargo dan RORO Kuala Kedah, hari ini.

ALOR SETAR – Setelah beberapa tahun tertangguh, Projek Naik Taraf Terminal dan Jeti Penumpang, Kargo serta feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) Kuala Kedah akan dimulakan penghujung tahun ini.

Projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tender bagi projek itu akan diiklankan pada 6 Jun ini yang melibatkan kerja meroboh, membina, menaik taraf terminal dan jeti penumpang, kargo serta feri RORO.

“Projek ini adalah demi meningkatkan kecekapan pengoperasian feri penumpang, kargo dan perkhidmatan RORO di laluan marin Kuala Kedah ke Langkawi di mana ia membantu pemulihan industri pelancongan di Permata Kedah.

“Skop utama projek melibatkan kerja meroboh dan membina terminal baharu berkonsepkan teknologi hijau yang mampu menampung sebanyak 3,000 penumpang berbanding kapasiti yang sedia ada hanya 800 penumpang sahaja,” katanya dalam sidang akhbar ketika mengadakan lawatan di Terminal Feri Kuala Kedah di sini hari ini.

Beliau menambah, projek naik taraf itu juga melibatkan pembinaan tempat letak kereta bertingkat dengan anggaran 420 lot serta infrastruktur, fasiliti bangunan dan kerja landskap.

Menyentuh tentang kelewatan projek naik taraf itu yang sepatutnya bermula pada 2020 katanya, ia disebabkan isu teknikal selain penularan pandemik Covid-19.

“Seperti kita lihat jeti ini agak usang. Sebenarnya saya pernah sampai ke jeti ini beberapa tahun lalu ketika itu memang ada juga usaha naik taraf jeti ini ketika itu Kementerian Pengangkutan melantik juru perunding pada 2020.

“Jadi pada 2020 sampai sekarang sepatutnya projek berkenaan sudah berjalan tetapi sepanjang dua tahun itu pelbagai perkara berlaku terutama semasa pandemik Covid-19 banyak kerja tertangguh dan apabila tender dipanggil pada 2021 ada isu teknikal dan Kementerian Kewangan meminta kita membuka tender semula pada 2022.

“Sekarang kita dalam proses membuka tender semula. Projek ini sangat penting. Keperluan untuk menaik taraf jeti ini sangat tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI