fbpx

Penduduk Tumpat sesak nafas bau asap sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Anuar (kanan) menunjukkan kawasan tapak pelupusan sampah di Kampung Kok Bedollah, Tumpat yang terbakar susulan cuaca panas sejak beberapa hari lalu.

TUMPAT – Penduduk di tiga buah kampung di sini terpaksa menghidu bau asap tapak pelupusan sampah seluas 1.6 hektar yang terbakar di Kampung Kok Bedollah sehingga menjejaskan rutin harian mereka sejak beberapa hari lalu.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Jubakar Pantai, Kok Bedollah dan Sungai Tapang.

Penduduk mendakwa mereka terpaksa menutup pintu dan tingkap setiap masa bagi mengelak terhidu bau asap.

Penduduk Kampung Jubakar Pantai, Pauzi Seman, 52, berkata, selain menutup pintu dan tingkap, dia memakai pelitup muka bagi mengelakkan sesak nafas setiap kali keluar rumah.

“Setiap hari kami berdepan asap tebal yang datang dari kawasan tapak pelupusan sampah sejak tiga empat hari lalu.

“Keadaan itu menyebabkan kami berasa tidak selesa untuk melakukan rutin harian sama ada di dalam atau luar rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Penduduk Kampung Kok Bedollah, Hasnah Jusoh, 53, pula memberitahu, dia terpaksa menyewa inap desa sejak kebakaran tapak pelupusan sampah itu kerana sudah tidak tahan menghidu bau asap.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil bagi mengelakkan kesihatan cucunya yang merupakan bayi pramatang berusia dua bulan berdepan masalah kesihatan.

“Situasi akan bertambah teruk pada waktu malam kerana asapnya tebal membuatkan kami tidak dapat bernafas de­ngan baik,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Mohd. Anuar Yacob berkata, tempat pelupusan sampah di Kok Bedollah terbakar disebabkan cuaca panas melampau sejak Khamis lalu.

Tambah beliau, pihaknya sedang berusaha memadam kebakaran di tapak pelupusan tersebut dan melakukan pemantauan bagi mengelak ia da­ripada terus merebak.

Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Kelaboran, Mohd. Adanan Hassan pula berkata, pihaknya sudah mengenal pasti sebanyak 15 keluarga yang terjejas akibat kejadian itu dan menyediakan inap desa sehingga kerja pema­daman api selesa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI