fbpx

Bilik tempat dadah bebas diakses orang lain – Ismahalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bilik tingkat atas kediamannya di Jalan Semarak di sini iaitu tempat dadah ditemui ketika serbuan polis, bukan digunakannya secara eksklusif, sebaliknya turut diakses oleh pihak lain.

Pengasas ‘Bapakku FM’ itu menjelaskan, bilik tersebut turut digunakan oleh sekumpulan DJ dan krew stesen radio swasta itu sebelum menunggu giliran untuk `on air’ selain turut menjadi ruang persinggahan pihak pengurusan kedai dan tetamu.

Menurut tertuduh, bilik itu yang terletak bersebelahan dengan bilik tidur kelamin bebas digunakan oleh para DJ untuk berehat, bersolat dan menyimpan barang peribadi seperti pakaian, beg galas dan komputer riba.

“Saya tidak tinggal di bilik itu, sesiapapun bebas keluar masuk untuk ‘melepak’ dan ada di antara mereka meninggalkan barang peribadi. Beg mengandungi dadah yang dirampas itu bukan saya punya dan saya tidak tahu ia milik siapa,” ujar tertuduh yang merupakan saksi pembelaan pertama.

Ismahalil, 50, memberi keterangan bela diri hari pertama atas pertuduhan mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pada pukul 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Terdahulu Ismahalil ketika membacakan pernyataan saksi berkata, sebelum tangkapan, dia berehat bersama-sama beberapa DJ lain di anjung bawah sebelum bertolak ke konti radio di Mukut, Pulau Tioman.

Ujarnya, beliau kemudian ke bilik berkenaan untuk menunaikan solat Asar sebelum pintu diketuk oleh sekumpulan lelaki berpakaian biasa yang memperkenalkan diri sebagai polis.

Perbicaraan bersambung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI