fbpx

Laporan cadangan wujud akta khas pelajar industri sedang dipersiap – KSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V. Sivakumar (dua, kiri) ketika menyertai program Ziarah Prihatin ke atas salah seorang pencarum Perkeso, di sini.

KLANG – Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang melengkapkan laporan tentang keperluan untuk mewujudkan akta khas bagi melindungi kebajikan pelajar latihan industri.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, ia akan diselesaikan secepat mungkin dan disusuli dengan formula berkaitan perkara tersebut.

“Kita sedang membuat beberapa kajian tentang perkara itu, kalau ia memang praktikal dan perlu dibuat, kemudian kita akan ‘come out’ dengan formula secepat mungkin.

“Akan dibentang di Parlimen atau tidak, kami sedang berusaha keras atas perkara ini dan akan maklumkan sesegera mungkin,” katanya ketika menyertai program Ziarah Prihatin ke atas salah seorang pencarum Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), di sini.

Kosmo! hari ini melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menunggu laporan lengkap berkaitan dakwaan terdapat pelajar pelatih yang tidak dibayar elaun ketika menjalani tempoh latihan industri.

Katanya, laporan mengenai perkara itu masih dalam proses dan sedang diteliti oleh pihak KSM.

“(Laporan itu) sudah dibawa. KSM sudah ambil. Sekarang ini sudah diangkat dan saya tunggu laporan,” katanya ketika ditanya Kosmo! mengenai dakwaan terdapat pelajar pelatih yang hidup sengsara sepanjang menjalani latihan industri di syarikat swasta mahupun agensi dan kementerian kerajaan disebabkan tidak dibayar elaun.

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan beliau akan meneliti sebarang cadangan bagi mewujudkan sebuah akta khas untuk melindungi kebajikan pelajar pelatih demi kelangsungan hidup mereka sepanjang tempoh latihan industri.

“Insya-Allah bila kertas (cadangan) itu sampai kepada Kementerian Kewangan dan kepada saya, saya akan ambil tindakan yang wajar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI