fbpx

Kabel lampu limpah Stadium Perak dicuri lagi, MBI akan pasang CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Lantikan dan Taklimat Kepada Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Area Officer, di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI / KOSMO!

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memasang 17 televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan Stadium Perak susulan kes kecurian kabel lampu limpah stadium yang belaku sekali lagi pada 11 Mei lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kecurian kabel lampu limpah stadium itu mengakibatkan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM78,000.

“Kita akan pasang CCTV berserta sistem penggera (alarm) yang dianggarkan berjumlah RM50,000.

“Pemasangan CCTV ini akan mula dipasang pada Jun depan dan mengambil masa lebih kurang empat minggu dan dijangka siap pada Julai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Surat Lantikan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Area Officer (AO) di Stadium Indera Mulia hari ini.

Menurutnya, kejadian kecurian itu telah berlaku sebanyak dua kali dan dipercayai kerana nilai tembaga yang terdapat di dalam kabel lampu limpah tersebut.

Katanya, kira-kira 50 buah komponen telah dicuri dan setiap satu bernilai lebih kurang RM1300.

Sementara itu, Rumaizi berkata, pihaknya telah menebang sebatang pokok yang besar dipercayai menjadi laluan kepada beberapa individu untuk masuk ke dalam bilik berkenaan.

“Kita ada banyak akses masuk. Kemungkinan sewaktu itu, pengawal keselamatan berada di pos pengawal dan kejadian dipercayai berlaku pada waktu tengah malam.

“Kes ini bukan kerja seorang, mungkin berdua atau bertiga sebab kita tengok kaedah kecurian ini berlaku dengan sangat cepat. Sekarang ini pokok itu pun kita dah tebang. Jadi orang tak boleh panjat dah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI