fbpx

Laksanakan pemulihan dadah secara kolektif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUANKU Syed Faizuddin (tengah) berkenan menerima cenderamata daripada AADK sewaktu perasmian Puspen Bukit Chabang di Padang Besar, semalam.

PADANG BESAR – Usaha pemulihan penagihan dadah perlu dilaksanakan secara kolektif dan tidak hanya digalas oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semata-mata.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, komitmen dan keterlibatan semua pihak meliputi klien, ahli keluarga, komuniti setempat, jabatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pemimpin sangat penting dalam mengekalkan kepulihan sepanjang hayat.

“Kesepakatan dan keterlibatan semua pihak meliputi gabungan idea-idea bernas akan mewujudkan pendekatan yang lebih mampan dan harmoni.

“Sehubungan dengan itu, beta mengajak seluruh rakyat melangkaui latar belakang dan ideologi untuk terus komited dalam menyokong usaha memerangi penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri dan negara ini,” titah baginda sewaktu berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang, di sini semalam.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin berharap agar AADK dapat terus memberikan tahap prestasi perkhidmatan yang tinggi dalam menerajui program rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negara ini.

“Walaupun mungkin terdapat pandangan sinikal dan stigma segelintir masyarakat terhadap usaha membanteras gejala dadah, AADK tetap teguh dengan iltizamnya dalam memastikan pemulihan setiap klien.

“AADK teguh dengan iltizamnya baik dari aspek pendidikan pencegahan, pemulihan penagihan dadah dan juga penguatkuasaan Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Selain mengubah tingkah laku berkaitan tabiat penagihan dadah, Puspen juga membantu dalam memberikan asas-asas ilmu berkaitan kerohanian, pengurusan diri dan kemahiran hidup kepada setiap klien,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI