fbpx

Kylian Mbappe pertahan gelaran di Ligue 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE meledak 28 gol pada aksi Ligue 1 setakat ini sekali gus membolehkannya dinobatkan sebagai pemain terbaik liga berkenaan. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dipi­lih sebagai pemain terbaik Ligue 1 musim ini buat kali keempat berturut-turut selepas membantu PSG merekodkan kejuaraan ke-11.

Mbappe, 24, menjaringkan 28 gol liga musim ini dan berada pada landasan tepat untuk menamatkan kempen sebagai penjaring terbanyak Ligue 1 buat musim kelima berturut-turut.

“Ia sesuatu yang menggembirakan kerana saya sentiasa mahu menang supaya nama saya tertulis dalam sebahagian sejarah liga.

“Namun, saya tidak pernah menjangka dapat memenangi kesemua yang saya impikan ini sebegitu cepat seperti ini” katanya.

Sebagai rekod, kejayaan Mbappe itu mengatasi Zlatan Ibrahimovic yang memenangi anugerah tersebut yang mula diperkenalkan pada 1994, seba­nyak tiga kali ketika bersama PSG.

Anugerah Jurulatih Terbaik pula diberikan kepada pengendali Lens, Franck Haise selepas membawa kelab itu muncul naib juara Ligue 1 dan kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas dua dekad.

Penjaga gol Lens, Brice Samba turut menerima penghormatan, manakala bek kiri PSG, Nuno Mendes dianugerahkan sebagai pemain muda terbaik.

Secara keseluruhan, Mbappe telah menjaringkan 40 gol dalam semua kejohanan musim ini dan bersedia menolak tawaran Real Madrid sekali lagi bagi menghormati kontrak tiga tahun ditandatanganinya sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI