The look is loose & lean. Gaya maskulin sebegini menjadi glamor dan popular apabila ia digayakan pada era tahun 1940-an oleh Katharine Hepburn (ikon perfileman Barat).
Bertona putih bersih atau rona lembut dan tenang, ia mendominasi gaya ini. Pemakaian rompi (vest) menjadikan penampilan lebih stylish.
Silhouette seluar yang popular bagi gaya ini antaranya adalah hip slung, potongan lebar (wide leg) yang dipadankan dengan kemeja oxford, jaket atau blaus dalam rona putih atau senada. Jadikan beg dan kasut tumit tinggi sebagai pelengkap gaya.
Aliran inspirasi pakaian lelaki dan minimalisme ini sopan, segak dan kontemporari.
Di sini saya titipkan panduan untuk menjadikan penampilan inspirasi maskuliniti agar lebih chic.
Kombinasi warna
Padankan seluar rona yang terang dengan blaus bereka corak (print blouse). Anda boleh bereksperimentasi dengan kombinasi warna, tetapi jangan keterlaluan (don’t over do it), kerana takut nampak pelik. Pendek kata, draw the line at mixing more than three shades.
Fabrik
Sut dalam rona putih akan berikan penampilan yang klasik dalam kelas yang tersendiri. Elakkan fabrik yang terlalu lembut dan nipis (flimsy), sebaliknya pilihlah fabrik yang berat sedikit seperti kain kapas dan linen.
Keseimbangan
Seimbangkan seluar yang sememangnya mempunyai aura maskuliniti dengan blaus yang feminin. Antara rekaan menarik adalah blaus diperbuat daripada sifon dengan colar Peter Pan dan lengan gelembung (puffed sleeves). Gayakan seluar potongan baggy atau potongan lebar (wide pants) – potongan lebih longgar dan punya lebih ruang. Antara yang menjadi pilihan adalah gaya kelasi atau classic chic. Anda boleh bereksperimen dengan lipatan (pleats) tetapi elakkan lipatan yang lebar jika anda agak rendah dan pendek.
Barang kemas
Ia boleh memberikan lebih gaya pada sut anda. Pakailah chunky ataupun rantai yang berlapis-lapis (layered necklaces) untuk menambahkan personaliti pada keseluruhan penampilan.
Kasut
Sepatu dalam rona yang memeranjatkan (shocking shades) boleh menyuntik gaya menarik dan unik pada apa jua potongan seluar. Kasut tinggi hebat untuk digayakan dengan long trousers, manakala flats pula paling sesuai untuk skinny ankle-length cut.
Kot
Padankan kot (blazer, cape, trench dan sebagainya) dengan tali pinggang untuk mendapatkan gaya anggun dan look of the moment. Tali pinggang saiz besar atau tirus, atau apa pun saiz, gaya dan rekaannya, terpulang kepada anda untuk menentukannya. Dapatkan juga rekaan jaket bercirikan gaya safari, bersulam ataupun yang penuh kilauan (sparkle).
Jaket adalah padanan yang paling mudah untuk mendapatkan look of the moment. Ia boleh digayakan dengan pelbagai padanan rekaan seperti knit top, blaus, shorts dan sebagainya. Semuanya terpulang kepada kreativiti anda.