fbpx

Empat hari tayangan, Polis Evo 3 raih RM16 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Polis Evo 3 berjaya meraih kutipan RM16 juta di hari keempat tayangan.

PETALING JAYA – Filem Polis Evo 3 terus cemerlang apabila meraih kutipan sebanyak RM16 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura.

Angka yang diperoleh naskhah sentuhan pengarah Syafiq Yusof itu sekali gus mengatasi jumlah kutipan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang dikutip semasa minggu pembukaan selepasa fasa pandemik iaitu sebanyak RM12.2 juta dalam tempoh sama.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kejayaan itu menunjukkan penerimaan penonton terhadap filem tempatan yang tidak kalah jauh dengan filem-filem luar negara.

“Alhamdulillah atas kejayaan luar biasa ini yang membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti.

“Jutaan terima kasih kepada semua penonton kerana sokongan padu anda, menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan melangkah setanding naskhah luar negara,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, jumlah kutipan filem yang menelan belanja sebanyak RM6 juta itu dijangka akan terus meningkat berikutan musim cuti sekolah yang bermula minggu ini.

“Memandangkan cuti sekolah telah tiba, kami mengharapkan lebih ramai penonton akan datang ke pawagan untuk sama-sama menontin Polis Evo 3 bersama keluarga.

Selain menampilkan pelakon utama, Zizan Razak dan Shaheizy Sam, Polis Evo 3 turut membariskan lakonan mantap oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi dan Eyka Farhana.

Terdahulu, Polis Evo yang ditayangkan pada 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office dengan kutipan lebih RM18 juta, manakala Polis Evo 2 (2018) memungut sebanyak RM23 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI