fbpx

Ambil kesempatan tiket Rahmah serbu Pusat Sains Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Pusat Sains Negara sempena cuti sekolah. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ibu bapa serta pihak sekolah tidak melepaskan peluang apabila memanfaatkan tawaran tiket ‘Rahmah’ yang ditawarkan Pusat Sains Negara, di sini sehingga 30 Jun depan sempena cuti sekolah.

Harga tiket Rahmah yang ditawarkan adalah RM3 berbanding RM6 untuk golongan dewasa, RM2 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun berbanding RM3 sebelum ini dan percuma untuk golongan warga emas.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, golongan ibu bapa dan guru yang datang bersama anak-anak serta pelajar sekolah mula beratur seawal pukul 8 pagi bagi mendapatkan tiket.

Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu, Kuala Nerang, Kedah, Zainatulasma Ahmad, 45, berkata, mereka mula beratur seawal pukul 8 pagi bagi mendapatkan tiket sempena lawatan sekolah yang dianjurkan.

“Kami di bawah lawatan sekolah, berkunjung ke sini sebab banyak aktiviti menarik yang boleh menguji minda dan intelektual pelajar.

“Lebih-lebih lagi Pusat Sains Negara, merupakan destinasi yang sesuai terutama dalam bidang sains dan matematik,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Suasana di Pusat Sains Negara sempena cuti sekolah. – Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

Sementara itu, pengunjung dari Kuantan, Pahang, Nor Azalina Mokhtar, 37, berkata, dia memilih membawa anak-anak ke situ kerana aktiviti yang ditawarkan sangat menarik.

“Anak-anak saya sangat suka dengan aktiviti yang disediakan di sini. Selain itu, mereka juga sempat menyertai aktiviti mewarna.

“Harga tiket yang ditawarkan sangat berbaloi, dengan hanya RM3 untuk orang dewasa, pelbagai aktiviti kami boleh lakukan bersama anak-anak,” jelasnya.

Sementara itu, seorang guru di salah sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Serdang, Selangor, Husna Amirah Menon, 33, berkata, dia menjadikan Pusat Sains Negara sebagai lokasi lawatan kerana aktiviti yang disediakan sesuai dengan semua peringkat umur.

“Dekat sini ada pelbagai aktiviti yang sesuai dengan kanak berusia lima hingga tujuh tahun.

“Bagi saya, PSN ini sangat bagus dan merupakan one stop centre yang mempunyai permainan dan juga pendidikan yang sangat sesuai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI