fbpx

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan yang dimuat naik dalam Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang menyambutnya.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan yang bermakna kepada masyarakat Kadazandusun itu akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.

“Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan,” katanya.

Terdahulu, Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI