fbpx

58 individu dicekup, 12 premis judi dipotong bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Seramai 58 individu termasuk warga asing yang terlibat dalam aktiviti rumah judi diberkas sepanjang lima bulan bermula Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu diberkas hasil serbuan terhadap 12 buah premis judi.

Katanya, sindiket didapati telah menjadikan rumah-rumah kedai sebagai markas perjudian mereka.

“Justeru, kita akan membuat pemotongan elektrik terhadap 12 premis judi itu bermula hari ini hingga Jumaat.

“Ini dilakukan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga Jumaat ini di bawah peruntukkan Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menjelaskan empat lelaki berusia 38 hingga 42 tahun telah ditahan dalam dua serbuan bermula 20 Mei lalu kerana mencuri pepasangan TNB yang melibatkan kerugian sebanyak RM24,045.91.

Ujarnya, turut dirampas adalah sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan Perodua Myvi.

“Ketiga-tiga suspek yang mempunyai rekod lampau itu telah dituduh pada 26 Mei lalu dan didenda RM1,000 setiap seorang mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI