fbpx

120 motosikal ditahan, empat samseng jalanan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal yang dibawa ke IPD Klang Selatan untuk pemeriksaan lanjut.

KLANG – Perbuatan samseng jalanan membuat bising termasuk mengganggu ketenteraman operasi dan pesakit di sebuah hospital swasta mengundang padah selepas dicekup dalam operasi, baru-baru ini.

Dalam operasi bermula pukul 3 pagi pada 20 Mei lalu menahan 120 buah motosikal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, operasi melibatkan 121 anggota termasuk pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah ini dijalankan susulan laporan diterima daripada penduduk tempatan dan hospital dan penghuni hotel.

Katanya, menerusi operasi itu turut menahan empat lelaki berusia 20 hingga 25 tahun yang memandu secara melulu dan berbahaya.

“Keempat-empat suspek ini didapati membuat pusingan dari arah Kompleks Sukan Pandamaran sehingga Pelabuhan Klang dipercayai bagi menguji jentera motosikal mereka.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, hasil operasi itu turut membawa penahanan 120 buah motosikal
dengan kesemua penunggang diarahkan menolak motosikal mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah ini untuk tujuan mendidik.

Hoong Fong menjelaskan, pemeriksaan lanjut mendapati 81 daripadanya melakukan pengubahsuaian selain 53 penunggang tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Kesemua motosikal tersebut telah disita dan secara keseluruhan sebanyak 334 keping saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI