PETALING JAYA – Dua beradik lelaki kematian ibu dan bapa mengundang sebak orang ramai kerana melihat keakraban mereka.
Megat Derhaka menerusi satu video di TikTok berkongsi bahawa dia menerima panggilan daripada adiknya yang bertanya tentang kehadirannya ke hari keluarga di akademi adiknya itu.
Dia kemudiannya memaklumkan tidak dapat hadir kerana masih bekerja namun berubah fikiran memandangkan respons adiknya itu seperti sedang bersedih.
“Dapat panggilan daripada adik tanya datang tak hari keluarga di akedemi. Beritahu tak dapat datang sebab kerja, baru ada di Karak dalam perjalanan balik dari Klang.
“Tak apa lah dia kata, macam sedih. Kita serba salah terus pecut lori dari Karak ke Terengganu naik Ipoh terus. Tak apa lah, tengok dia berlari-lari dekat kita hilang letih,” tulisnya pada kapsyen.
Perkongsian tersebut menyebabkan orang ramai terharu kerana sikap prihatin dan kasih sayang seorang abang kepada seorang adik.
“Sayu hati bila melihat video ini. Ya Allah inilah hati-hati bersih atas nama seayah dan seribu. Walau seminit tapi nilainya tidak mampu dibayar,” kata RHM66.
“Saya faham perasaan ni. Bila kita tak ada sesiapa sekurang-kurangnya adik ni ada abang. Itu yang buatkan kita jadi lebih kuat setiap hari. Saya tiada pilihan,” kongsi seorang lagi netizen.
“Gugur ‘beb’ air mata jantan. Semoga dipermudahkan segala urusan,” ujar Pie’y.
“Terbaik abang. Semoga hubungan baik ini terus kekal smpi bila-bila. Pagi-pagi dah berair mata ni,” komen Wan-08.
Perkongsian itu mendapat hampir 700,000 jumlah tontonan dengan lebih 6,000 komen sejak ia dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE
@devarjunaDpt call dr adik tnye mri x hr kluarga kt akademi… kbo x leh mari sbb keje… bru ada kt karak ondway blk dr klang…. hurmmm…. x pe la, ye kate…. bunyi sedih je …. kita plk srba slh😢 trus pecut lori dr karak blk trg… tembaj naik ipoh teruss … x pe la, tgk ye blari2 hungga ke kita, hilang letih😅😅😅