fbpx

Syukur ayah hadir – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI ND. Lala (empat dari kiri) dilihat hadir ke majlis pertunangan anaknya iaitu penyanyi Shila Amzah bersama Ubai baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah tidak melihat kehadiran bapanya, Datuk ND Lala ke majlis pertunangannya kelmarin sebagai suatu yang perlu diperkatakan.

Ujar Shila atau Nurshahila Amir Amzah, menjadi kebiasaan dalam mana-mana acara keraian terutama membabitkan keluarga pasti ibu bapa akan ada bersama.

Sebagai anak, penyanyi berusia 33 tahun itu bersyukur apabila kedua-dua orang tuanya dapat berkumpul dengan ahli keluarga lain untuk meraikan hari bahagianya.

“Pertunangan juga merupakan acara membabitkan semua ahli keluarga besar kami. Pasti semua datang termasuk ibu bapa.

“Saya bersyukur mereka ada pada majlis pertunangan saya dan Ubai, kelmarin. Tapi kalau boleh saya tak mahu komen pasal itu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Lebih selesa berkongsi kelancaran majlis, penyanyi Memori Tercipta itu gembira apabila acara yang diadakan secara sederhana itu meriah dengan kehadiran 150 jemputan dalam kalangan ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat.

Menurut Shila lagi, keluarga kedua-dua belah pihak juga enggan pertunangannya bersama Ubai ‘diikat’ terlalu lama apabila meminta untuk disatukan pada tahun ini.

“Insya-Allah jika tiada aral majlis pernikahan kami berlangsung tahun ini, disusuli majlis resepsi. Kami nak buat sederhana, macam majlis pertunangan ini.

“Tiada tema tertentu pun. Paling penting kesihatan bakal ibu mentua saya.

“Kami pun tak mahu bertunang lama-lama,” katanya yang berlepas ke Singapura hari ini bagi membuat persediaan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 3 Jun depan.

Kelmarin, menerusi perkongsian gambar seisi keluarga di Instagram Story anak bongsu penyanyi itu, Syada, kelihatan ND atau Amir Amzah Salleh berdiri bersebelahan ibu mereka, Datin Fauziah Sarman sambil tersenyum.

Sebelum ini perkahwinan ND Lala, 62, dengan Fauziah dikatakan bergolak apabila penyanyi dan pelakon era 80an itu didakwa berkahwin dua rentetan pendedahan isterinya pada 1 April lalu.

Menerusi Instagram, ibu kepada empat cahaya mata itu memuat naik gambar wanita dalam Instagram yang didakwa sebagai madunya. Adik kepada Shila yang juga penyanyi, Syada turut mendedahkan bapanya tidak meraikan 1 Syawal bersama mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI