KHABAR angin percintaan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie bersama penyanyi V sudah pun menjadi buah mulut peminat.
Kini, seorang lagi anggota Blackpink lain iaitu Rose turut terpalit gosip percintaan bersama pelakon Kang Dong-won.
Spekulasi percintaan mereka tercetus sejak April lalu dan bermula apabila orang kuat jenama Burberry yang berkongsi foto lawatan ke rumah agam mewah milik pereka fesyen dan usahawan Eva Chow.
Dalam foto yang dimuat naik pada 11 April lalu, Dong-won dan Rose yang turut serta dalam lawatan itu dilihat duduk bersebelahan sehingga mencetuskan spekulasi bahawa dua selebriti itu sedang menyulam kasih.
Tidak cukup dengan gambar yang tersebar, netizen mula membuat kesimpulan bahawa pasangan selebriti itu menunjukkan tanda-tanda bercinta seperti memakai barang kemas sama, muncul dalam acara sama dan bersiar-siar di sekitar kota pada waktu yang sama.