fbpx

Remaja lemas ketika mandi di air terjun Jeram Linang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa di air terjun Jeram Linang, Pasir Puteh hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir sebelum jatuh dan lemas di kawasan tersebut hari ini.

Mangsa, Muhamad Syahmin Syshrul Zamani, 17, disedari lemas oleh rakan-rakannya kira-kira pukul 10.30 pagi di kawasan air sedalam dua meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang mandi bersama empat rakannya sebelum dia dipercayai tergelincir ke kawasan lubuk.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Pemanok, Kemuning dekat Machang itu tidak pandai berenang dan lemas di dalam air terjun itu.

“Rakan-rakan mangsa yang menyedari kejadian itu kemudiannya meminta bantuan orang awam yang berada di kawasan air terjun itu.

“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azhar Elmi memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI