fbpx

PSG julang gelaran, Messi cipta rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI meledak gol ketika membantu PSG mengikat Strasbourg sekali gus menyaksikan mereka berjaya menjulang gelaran Ligue 1. - AFP

PARIS – Rekod baharu dicipta Lionel Messi melengkapkan hari sempurna Paris Saint-Germain yang mengesahkan kejuaraan Ligue 1 ketika terikat 1-1 dengan Strasbourg, awal pagi semalam.

Messi menjaringkan gol pembukaan buat PSG dan kini kapten Argentina itu sudah pun muncul penjaring gol terbanyak dalam saingan liga utama di Eropah dengan 496 gol sekali gus mengatasi rekod lama milik Cristiano Ronaldo (495).

Kejayaan tersebut menjadi kejuaraan ke-11 PSG untuk saingan domestik biarpun berdepan beberapa isu termasuk kecederaan dialami Neymar dan penggantungan Messi kerana didapati melakukan perjalanan ke Arab Saudi tanpa kebenaran kelab.

“Kami sudah ambil kira yang kami perlu melakukan analisa tentang ‘separuh masa’ pertama musim ini di mana pemain kembali semula selepas Piala Dunia. Saya faham kekecewaan itu dan ia jelas menjadi musim yang cukup janggal buat kami,” kata pengendali pasukan, Christophe Galtier.

Pada perlawanan itu, Messi membuka jaringan pada minit ke-29, namun 20 minit selepas itu, Kevin Gameiro memastikan Strasbourg mampu menamatkan perlawanan dengan kutip satu mata.

Galtier juga merasakan pencapaian ini wajar dibanggakan, namun masih ada beberapa perkara yang perlu dinilai khususnya melibatkan Messi yang dilaporkan bakal sertai pasukan lain musim depan.

Kegagalan pasukan untuk berada pada tahap terbaik termasuk tersingkir di pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara buat kali kelima dalam tempoh tujuh musim juga menyaksikan Galtier kini berdepan tanggungjawab lebih besar untuk julang PSG raih kejayaan di pentas tertinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI